Assalammualaikum wbt...

Bismillahirrahmanirrahim...

Buat teladan bersama....

TELADAN CINTA KITA
Dia pahlawan yang dimuliakan wajahnya
Dia puteri dari zuriat yang mulia
Ali pewaris keberanian dan kebenaran
Fatimah titipan kesabaran dan kesucian
Persandingan itu…
di pelamin kemiskinan

Fatimah…
Puteri terpuji, isteri teruji,
Suami di medan jihad
Kau bermandi keringat
Jauh-jauh mencari air…di padang pasir
Di sengat sinar mentari
Sedikitpun tidak kau kesali
Untuk suami, kerana Ilahi

Ali…
Pahlawan unggul, ilmuan tersohor,
Syair setajam senjata
Gagah sekukuh kota
Kau kunci gedung nubuwwah
Kau fakir yang pemurah
Kau wira di sebalik selimut hijrah
Berkorban nyawa untuk Rasulullah

Ali & Fatimah…
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi
Lalu diluahkan ketandusan upaya
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi
Untuk menanggung beban keluarga
Sudilah kiranya dihadiahkan seorang sahaya

Tersenyum Rasulullah mendengar rintihan
Lalu diberikan zikir sebagai gantian
Tiga kalimat sarat keberkatan
Subhannallah, Alhamdulillah, Alllah hu Akbar
Lalu esoknya mereka datang lagi…
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati
Cukuplah kami tak perlu apa-apa lagi!

Mereka miskin harta tapi kaya jiwa
Sering berpisah tapi tak gundah
Mereka bercinta kerana Allah

Indahnya mempelai di pelamin kemiskinan
Bila bersanding dua kemuliaan..
Seorang lelaki bergelar karamallahuwajjah,
seorang wanita yang az zahrah!

(…Sajak nukilan lama yang telah diangkat menjadi Nasyid)
~Cdt untuk Ustaz Pahrol~ 

Cinta agung yang abadi... 
Bila dihayati semula, Ya Allah, Indahnya percintaan mereka..
BERCINTALAH KERANA ALLAH!

Cuba kita bandingkan dengan cinta zaman sekarang.. 
Seboleh-bolehnya mencari yang punya harta, rumah besar, kereta mahal.. Tapi hakikatnya, bukan ini yang kita kejar hidup di dunia.. Redha Allah yang paling utama.. Menuju Kampung Halaman yang sentiasa dirindui..
Saya tidak menyangkal kepentingan harta benda lebih2 lagi dalam kehidupan kita di alam serba membangun tapi apa yang ingin saya tekankan ialah cinta kita pada yang SATU...
Cubalah sedaya upaya menyeimbangkan antara Dunia dan juga Akhirat... InsyaAllah terjamin kehidupan kita..Yakin pada yang Maha Esa, bersangka baik sentiasa...

Buat diriku, hindarilah sifat Mazmumah, pupuk sifat Mahmudah..
InsyaAllah.. 

0 comments:

C.I.N.T.A

0 Comments on "C.I.N.T.A"