Assalammualaikum wbt...
Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni adalah hari yang ditunggu2 oleh batch saya sbb hari ni ada Hi Tea Farewell Party utk batch kami yang tersayang ni... Emm... Suasana patutnya sayu2 ngan sedih tapi bertukar jadi ceria bila adanya 2 orang adik junior yang sangat kelakar...hehehe.... Thanx a bunch, ACAP and NOI :)
Btw, entahla knapa hari ni terasa sangat sedih lepas balik dari Swiss Garden Hotel tu... mau cakap ada session sedih2, teda juga...emm... Knapa tu ya...? Sampaikan masa solat Maghrib tadi mencurah2 airmata keluar... Sedih sangat2.. Tapi xtau knapa.. Ada sesuatu yang terbuku di hati... Biarlah tersimpan ja..Emm...
Teringat pula masa buat research ngan Arif n Fith d klas.. 2 insan ni mmg byk bagi kata2 nasihat utk saya.. Byk soal2 kehidupan yang saya tanya n kongsi2 ngan 2 orang ni... Ada sampai 1 tahap tu menitis juga airmata.. Tp sembunyi2 la...huhuhu... Agak cengeng kan? adoi~ Emm... but both of them, i supposed, understand me well... Right buddies?
Close case...
Apa mau buat ya, bila hati dalam dilemma? Kacau rasanya fikiran ni... Ambil wudhuk n solat.. Ya Allah, aku pohon ketenangan dari Mu, Ya Allah... Sedih dan pilu hati ni.. Kau pimpinlah tangan ku Ya Allah... Hilangkan rasa resah dalam hatiku... Bimbing aku dalam membuat keputusan terbaik utk diriku kerana hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untukku, Ya Allah...
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani
Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan
Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang
C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan
Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki
Semoga dengan mengingati Allah, hati saya akan sentiasa tenang...
Ameen..